Langkau ke kandungan utama

3 nama ini anda perlu tahu jika anda peminat tegar kambing




Anda pernah dengar nama Mercu Agro Farm? Zol Kambing Bakar? atau Biri Biri Cafe?

                             




Bagi yang pernah dengar, syukur Alhamdulillah 😊
Semoga berpuas hati dengan servis dan perkhidmatan kami ☺

Haaa, bagi anda yang tak pernah dengar lagi ni, Ish, rugi rugi..

Okay lah, meh saya cerita serba sedikit tentang Zol Kambing Bakar dan Biri Biri Cafe ni.

Sebenarnya, Zol Kambing Bakar dan Biri Biri Cafe ni di bawah naungan MERCU AGRO FARM

"Ha? Amende pulok Mercu Agro Farm ni..."

Mercu Agro Farm adalah syarikat ternakan kambing. Kambing ini kami ternak untuk dijadikan kambing Aqiqah, kambing qurban dan kambing untuk pelbagai tempahan seperti kambing golek, kambing bakar/kambing pakej masak dll. Anda boleh datang pilih sendiri tau kambing yang nak di Aqiqahkan.. Nak menyaksikan sembelihan Aqiqah pun boleh. No hal punya laa. 👌 Disebabkan itu, Mercu Agro perkenalkan anak syarikatnya iaitu Zol Kambing Bakar dan Biri Biri Cafe. So, sesuai lah dengan konsep kami, "FARM TO PLATE"







Zol Kambing Bakar ni khas untuk function. Bermakna team team dari Zol kambing Bakar ni akan turun padang sendiri untuk menyembelih, melapah, mencincang dan kami juga menerima tempahan untuk kambing tersebut dimasak atau dibakar. So, kalau anda ada saudara mara yang sedang mencari kambing untuk Aqiqah ataupun Kambing Bakar/Kambing Golek untuk majlis keraian, jamuan, majlis perkahwinan dll boleh lah dapatkan khidmat kami di Zol Kambing Bakar.






Biri Biri Cafe pula, kami menyediakan pelbagai menu yang berasaskan kambing. Antara menu kami, Sup kambing, Lamb Chop, Set Nasi Kambing Bakar. Dah nama pun Biri Biri Cafe kann.. sudah semestinya kambing menjadi menu utama.

"Habis tu kalau kami yang tak minat kambing ni macam mana?.."

Eh jangan risau. Jangan Jangan Jangan.
Sebab kami di Biri Biri Cafe ada juga menyediakan masakan goreng yang panas kebaboom, ada juga tomyam, sizzling, fish n chip, chicken chop, mushroom soup.. Eh, banyaklah lagi. Nak tahu apa menu yang selanjutnya ,boleh lah kunjungi kami di Biri Biri Cafe.




"Beriya sangat cerita, tak bagitau pun Biri Biri Cafe kat mana.."

Nah, saya bagi alamat cafe... Jangan tak datang pula yee..👇


BIRI BIRI CAFE
NO 1 JALAN KENANGASARI 2
BANDAR SUNGAI BUAYA
48010 RAWANG

"Eh, bagi alamat cafe je? Alamat pejabat untuk sebarang urusan takde?..."

Oh, jangan risau. Sebab lokasi kami berhampiran saja 😊

Pejabat Urusan kami di atas Biri Biri Cafe. Lokasi Zol Kambing Bakar di sebelah kanan Biri Biri Cafe.
Haa..mudahkan? Memang tugas kami memudahkan kerja anda. hihi 😉

So, sambil sambil cari Kambing Aqiqah tu boleh lah datang melihat sendiri kambing di Ladang Mercu Agro Farm dan on the way nak balik tu boleh singgah makan di Biri Biri cafe.

"Alaaa..sedap sangat laa Lamb Chop kat Biri Biri Cafe ni.. 
Rasa macam nak tapau bawa balik.. 👉👈"


Eh, boleh boleh. Zol Kambing Bakar pun ada buat produk frozen tau. Kami memang jual khas untuk anda yang mempunyai kekangan masa nak bawa anak makan kat luar. Tambah lagi, kalau makan kat luar anak minta nak makan macam macam tapi bajet anda ciput je. 😅

Jangan risau k. Kami menjual Lamb Chop & Chicken Chop Frozen. Susu Kambing Frozen pun ada tau!
Harga amat berpatutan. Serius talk!




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SEBAB UTAMA KENAPA ANDA PERLU MINUM SUSU KAMBING

Minum susu itu baik, terlebih minum susu kambing, Anda akan memperoleh manfaat LUAR BIASA . Di Australia, susu kambing dikatakan sebagai the only alternative , iaitu digunakan sebagai pengganti ASI jika ASI tidak boleh diberikan. Kerana kandungan susu kambing mendekati ASI. Hasil penelitian United Departement of Agriculture , susu kambing juga sangat baik untuk penjagaan kesihatan mahupun penyembuhan penyakit. Keistimewaan Susu Kambing : ♥  Mudah dicerna oleh usus bayi sehingga ke usus warga emas. Beberapa sebabnya : ♡   Mengandungi protein alergi yang lebih sedikit . Gumpalan protein dari susu kambing yang dibentuk oleh asam lambung pada protein (dadih) akan lebih mudah dicerna oleh bayi. Keadaan ini memberikan manfaat lebih terutama bagi bayi yang sering muntah atau memiliki kondisi gastroesophageal refluks (GER) atau masalah pencernaan. ♡  Lemaknya lebih mudah dicerna. Tetesan lemak dalam susu kambing lebih mudah dicerna karena mengandung jumlah

Lebih Jelas, Lebih Menarik, Lebih Awesome!

Hai, Assalamualaikum semua.. Menjelang bulan Mac, terdapat perubahan pada harga kambing dan biri-biri memandangkan harga masuk barang telah melambung naik. Kami akan terus menawarkan harga yang kompetitif dan berbaloi berbanding kandang lain. Harga kambing dan aqiqah terbaru adalah seperti di bawah; Kambing Bakar RM900 ke RM1,600 (mengikut pakej isimewa yang ditawarkan) Kambing Aqiqah RM900-RM1,300 (mengikut Pakej Bakar/Pakej Masak) Harga termasuk proses iaitu sembelih, lapah dan cincang Tiada kos sembunyi Sijil Aqiqah disertakan Penghantaran juga disediakan Berminat? Book kambing dengan hubungi 01228121004/ 0122818234 / 01132956238